

10 Jun 2026 – Bertempat di Klana Resort Seremban , satu majlis anugerah kecemerlangan SPM bagi sekolah – sekolah di negeri sembilan telah diadakan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybr Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun ,Menteri Besar Negeri Sembilan bersama dengan Pn.Khalidah Binti Haji Omar ,Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.STTJ telah mendapat dua sijil penghargaan iaitu pencapaian 100 % mendapat sijil dan terbaik mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.