Teknologi Asas Kemajuan
Pada 29 Oktober 2024 (Selasa), SMTTJ telah melaksanakan Perjumpaan 3 Penjuru antara guru, ibubapa dan murid tingkatan 5. Matlamat perjumpaan ini adalah bagi membincangkan prestasi pencapaian murid semasa dalam peperiksaan percubaan SPM dan intervensi/ peluang yang boleh dimainkan oleh semua pihak sebagai persediaan murid dalam SPM 2024.
Alhamdulillah perjumpaan ini telah mendapat sambutan yang baik dari ibubapa, dan dianggarkan lebih kurang 205 penjaga telah hadir dan bertemu dengan guru kelas serta guru matapelajaran.