Pada 28 Oktober 2022, Jumaat SMTTJ telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul.

Sempena bulan Rabiulawal yang mulia ini, sekolah telah mengadakan hari memperingati sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Murid akan didedahkan dengan perjuangan sirah Rasulullah serta peribadi baginda melalui pertandingan yang disertai agar ianya dapat diimplementasikan dalam kehidupan harian murid.


MATLAMAT
1. Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannnya dalam
menengakkan syiar Islam
2. Mengambil contoh teladan dari peristiwa yang tersurat dan tersirat dari sejarah kerasulan
baginda
3. Mencungkil bakat dan pengetahuan pelajar berkaitan dengan sirah Rasulullah S.A.W

OBJEKTIF
1. Menanam sifat kecintaan kepada diri Rasulullah, dengan mengikut apa yang disuruh dan
meninggalkan perkara yang dilarang
2. Mendorong murid mempraktikkan sunnah baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya
3. Membantu muid mengembangkan potensi yang ada serta membina jati diri melalui
program yang dijalankan

Pertandingan Mencorakkan Kain Rentang Bertemakan Maulidur Rasul

Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Dr. Mohd Kamel bin Mat Salleh

By intan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *