10, 11, 12, 13 November 2025 – Unit HEM telah menganjurkan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah dan kecergasan pelajar sebagai pengisian bermakna selepas tamat peperiksaan.
Program Disiplin
Unit disiplin menekankan pembinaan akhlak melalui ceramah disiplin oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Guru Disiplin dan juga Ketua Warden asrama. Turut diberi penekanan sesi pengurusan diri dan modul kesedaran disiplin demi membentuk pelajar yang lebih berintegriti.

Program Kesihatan
Unit Kesihatan menyediakan pengisian merangkumi senamrobik dan ceramah kesihatan mentalĀ bagi menyokong kesejahteraan fizikal, mental dan sosial pelajar.

Program Unit Bimbingan Kaunseling
Unit Kaunseling menyediakan pengisian komprehensif merangkumi pengukuhan sahsiah, perkongsian inspirasi alumni dan pendedahan kerjaya oleh TalentCorp bagi melahirkan pelajar yang berkarakter dan berorientasikan masa depan.

