18 – 20 November 2025 –  Perkhemahan Perdana Kokurikulum 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (Kem Senawang). Seramai 284 pelajar menyertai program ini dan berjaya menonjolkan tahap disiplin, kerjasama serta semangat juang yang tinggi sepanjang perkhemahan. Program ini juga dikendalikan sepenuhnya oleh Kompeni A, Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Pelbagai aktiviti dirancang secara teratur bagi menguji kreativiti, ketahanan mental dan fizikal para peserta. Antara pengisian utama termasuk pertandingan melakar panji-panji kumpulan, latihan merentas halangan, ceramah kepimpinan, aktiviti escape & evasion (E&E), kemahiran ikhtiar hidup, serta latihan ketabahan melalui aktiviti night walk. Semua aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja menguji keberanian para peserta, tetapi juga menguatkan keyakinan diri, mengasah potensi kepimpinan, serta menanam sikap berani mencuba perkara baharu dalam kalangan pelajar.

 

 

 

 

 

By Dewi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *