10, 11, 12, 13 November 2025 – Unit HEM telah menganjurkan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah dan kecergasan pelajar sebagai pengisian bermakna selepas tamat peperiksaan.

 

Program Disiplin

Unit disiplin menekankan pembinaan akhlak melalui ceramah disiplin oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Guru Disiplin dan juga Ketua Warden asrama. Turut diberi penekanan sesi pengurusan diri dan modul kesedaran disiplin demi membentuk pelajar yang lebih berintegriti.

Program Kesihatan

Unit Kesihatan menyediakan pengisian merangkumi senamrobik dan ceramah kesihatan mentalĀ  bagi menyokong kesejahteraan fizikal, mental dan sosial pelajar.

Program Unit Bimbingan Kaunseling

Unit Kaunseling menyediakan pengisian komprehensif merangkumi pengukuhan sahsiah, perkongsian inspirasi alumni dan pendedahan kerjaya oleh TalentCorp bagi melahirkan pelajar yang berkarakter dan berorientasikan masa depan.

By Dewi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *