Setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Lee Chye Mei atas penganugerahan Anugerah Tokoh Guru Senior Madani sempena Majlis Meraikan Guru-Guru Madani Negeri Sembilan yang berlangsung pada 27 Mei 2025 di Klana Resort.
Majlis ini telah dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pertubuhan Penggerak Madani Negeri Sembilan (PMN9).
Pengiktirafan ini diberikan atas dedikasi, komitmen serta sumbangan berterusan beliau dalam dunia pendidikan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berkhidmat dengan penuh semangat.
Syabas dan tahniah, Cikgu Mei!