SEREMBAN: Anggapan bahawa beban tugas di sekolah berat disebabkan perlu menghabiskan banyak masa dan usaha membimbing pelajar SPM tidak tepat kerana kebolehan dan bakat pelajar dalam bidang STEM perlu dipertingkatkan bagi memastikan kemenjadian murid. Ketua Guru Penasihat Kelab STEM, Ainul Inayah Hamzah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah dan Mama Lims’ Handmade Soap menghasilkan sabun cecair organik seterusnya mendorong Kelab STEM SM Teknik Tuanku Jaafar (SMTTJ) yang dikenali sebagai Jaafar Innovators untuk terus mengembangkan sayapnya ke peringkat lebih tinggi pada tahun 2024.
Pencapaian Jaafar Innovators pada tahun 2024, dimulakan oleh Chemist Sorcerers yang dianggotai Alif Mirza bin Azizul, Muhammad Naqib Mikail bin Mohamad Najib dan Bazli Nafis bin Badrul Hisham. Chemist Sorcerers berjaya mendapat tempat keempat iaitu 15 terbaik di peringkat kebangsaan di pertandingan Green Innovation Science Project (GISPRO) yang telah diadakan di Kuantan, Pahang pada 25 Jun 2024. Projek yang dipertandingkan iaitu Soap Sorcerers, sebuah sabun organik bersifat antibakteria yang diperbuat daripada minyak masak terpakai, ekstrak daun bidara dan sitrus ekoenzim.
Jaafar Innovators terus mengorak langkah di peringkat kebangsaan menyertai pertandingan My Future Jobs in STEM dengan kerjasama dengan Google Education. 5 pelajar SMTTJ iaitu Alif Mirza bin Azizul, Muhammad Naqib Mikail bin Mohamad Najib dan Bazli Nafis bin Badrul Hisham, Fiqri Izizi bin Nur Azlan dan Muhammad Arash Irsyad bin Mohd Syaril. Pelajar ini telah membentangkan kerjaya yang akan muncul menjelang tahun 2030. Pertandingan ini telah diadakan di Google Malaysia, Axiata Tower, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2024.
Seterusnya, Jaafar Innovators menyahut cabaran menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa iaitu World Sustainable Development Goals (WSDG) pada 20 September – 15 Oktober 2024. Jaafar Innovators menghantar 2 penyertaan iaitu Robo Sorcerers dan Soap Sorcerers. Robo Sorcerers yang dianggotai oleh Alif Mirza bin Azizul, Muhammad Naqib Mikail bin Mohamad Najib, Bazli Nafis bin Badrul Hisham dan Ahmad Norzaqwan bin Ahmad Norazizan telah merangkul pingat gangsa. Robo Sorcerers, sebuah robot yang digunakan untuk penanaman biji benih sebagai penghutanan semula. Jaafar Innovators mengembangkan ahlinya dengan tiga pelajar perempuan iaitu Nur ‘Ain Raihanah binti Ahmad Nzryshah, Noor Alissa Yasmin binti Nor Halim dan Noorul Aqil Zahirah binti Noorulzaki. Ahli baru Jaafar Innovators dikenali sebagai Soap Sorcerers telah dinobatkan sebagai juara dan merangkul pingat emas dalam WSDG. Soap Sorcerers, sebuah sabun organik bersifat antioksidan yang diperbuat daripada minyak masak terpakai dan ekstrak kulit nenas.
Perjuangan projek Soap Sorcerers diteruskan dengan menyertai pertandingan Science Castle Asia peringkat antarabangsa yang diadakan di Multimedia Universiti Cyberjaya pada 19 – 20 Oktober 2024. Pertandingan ini disertai oleh Alif Mirza bin Azizul, Muhammad Naqib Mikail bin Mohamad Najib, Bazli Nafis bin Badrul Hisham, Nur ‘Ain Raihanah binti Ahmad Nzryshah dan Noorul Aqil Zahirah binti Noorulzaki. Pertandingan ini turut disertai oleh 200 lebih buah sekolah dari 9 buah negara Asia. Soap Sorcerers mempertaruhkan sabun berciri antioksidan yang ditingkatkan dengan penambahan sebatian xanthorizol dan kurkumin yang diperoleh dari ekstrak Temulawak. Soap Sorcerers telah merangkul pingat gangsa dalam pertandingan ini.