Teknologi Asas Kemajuan
Pada 16 November 2024 (Sabtu), Seramai 17 guru dan 15 murid dari SMK (P) Methodist, Kuantan Pahang, telah mengadakan lawatan penanda aras bagi melihat pelaksanaan projek Sistem Tuaian Air Hujan di SM Teknik Tuanku Jaafar. Para pelawat telah disambut oleh Pengetua SMTTJ, Tuan Ts Sudiman B. Musa, GKMP Teknikal En Radin Khalid b. R Husin, Guru-guru Panitia Pengajian Kejuruteraan Awam dan 3 orang murid PKA tingkatan 4. Semasa lawatan, tetamu dibawa ke dewan kuliah untuk sesi taklimat seterusnya bergerak untuk lawatan tapak dan sesi ujian kualiti air takungan. Pada sesi ini juga sesi menandatang NoUÂ antara pihak sekolah dengan pihak SMK(P) Methodist, Kuantan telah dilaksanakan.