Teknologi Asas Kemajuan
09 Julai 2024 (Selasa), Seramai 25 murid tingkatan 4 dari kursus Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE) serta 2 orang guru telah terlibat dengan program Kenali Senibina Hijau yang dianjurkan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban bersama Pihak Green Building Index (GBI) ke Bangunan Utama TNB Platinum, Kuala Lumpur.
Objektif lawatan adalah untuk melihat menerapkan elemen senibina hijau pada bangunan utama TNB Platinum Kuala Lumpur. Lawatan ini juga turut melibatkan beberapa pegawai MBS yang diketuai oleh Puan Norhezlin Bt Amat, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan.
Pelepasan rombongan ke Bangunan Utama TNB Platinum, dimeriahkan dengan kehadiran Ybhg Dato’ Masri Bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan Tuan Mas Midyawan Bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban.