SMTTJ akan mengadakan sebuah program yang bermanfaat untuk memastikan motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM terus berkobar-kobar untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang sekali gus meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaaan SPM.
Bagi memastikan ia terlaksana maka pihak sekolah mengambil inisiatif dengan kerjasama PIBG untuk menjalankan Program Booster Akademik SPM 2022.